-A A +A

Exhibitions


Kecemerlangan sesebuah Universiti di dalam bidang penyelidikan dan inovasi boleh diukur melalui jumlah penyelidikan yang dihasilkan oleh para penyelidiknya. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sesebuah Universiti pula seharusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara melalui pembangunan teknologi, penemuan-penemuan baru, penciptaan dan inovasi.

Hasil-hasil penyelidikan sesebuah Universiti perlu dipromosikan di khalayak umum dan seterusnya dikomersilkan untuk manfaat sejagat. Salah satu kaedah yang berkesan untuk mempromosikan hasil-hasil tersebut ialah melalui penyertaan di dalam pameran-pameran rekacipta, penyelidikan & inovasi di pelbagai peringkat.

Melalui usaha promosi yang berterusan, hasil-hasil penyelidikan UMP berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat anatarbangsa. Usaha-usaha promosi ini mestilah dipertingkatkan dan diperluaskan lagi bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

SENARAI PAMERAN YANG DISERTAI UMP TAHUN 2014

PAMERAN LOKASI TARIKH PENGANJUR PERINGKAT
Malaysia Technology Expo (MTE)     Putra World Trade Centre (PWTC) 20 - 22 Februari 2014 MARS & PROTEMP Kebangsaan
International Invention Innovation & Technology Exhibition (ITEX)     Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 8 - 10 Mei 2014 MINDS & CIS NETWORK Kebangsaan
Bio Malaysia Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 1 7 -19 November 2014   MARS & PROTEMP Kebangsaan
ARCHIMEDES Moscow, Russia 1 - 4 April 2014 INNOV EXPO, MOSCOW  Antarabangsa
INPEX Pittsburgh, USA 18 - 20 Jun 2014 INVENTHELP, USA  Antarabangsa
British Invention Show (BIS) London, United Kingdom 23 - 26 Oktober 2014 BRITISH INVENTOR SOCIETY,UK  Antarabangsa
Seoul International & Invention Fair (SIIF)** Seoul, Korea 27 - 30 November 2014 KIPA, KOREA  Antarabangsa