-A A +A

Automotive Engineering Centre (AEC)


Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) secara rasminya ditubuhkan pada 1 Februari 2008. Pada peringkat awal penubuhannya iaitu pada tahun 2006, segala aktiviti pusat ini diterajui oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Automotive Focus Group. Automotive Focus Group yang terdiri dari staf-staf FKM dalam bidang automotif bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berkaitan automotif.

Pada Jun 2009, Pusat Kejuruteraan Automotif telah berpindah ke Kampus Tetap UMP di Kuala Pahang, Pekan dan beroperasi sepenuhnya sehingga kini. Penempatan AEC di kampus tetap UMP yang berhampiran dengan kawasan perindustrian automotif seperti Mercedes-Benz, Suzuki, Volkswagen, Isuzu dan DEFTECH adalah amat strategik serta bersesuaian bagi AEC untuk menjalinan kerjasama dan kepakaran yang dimiliki.
 

Services: 

  • Pusat Servis Kenderaan
    1. Menyediakan khidmat penyelenggaraan kenderaan universiti, staf dan pelajar UMP dengan kadar yang berpatutan
  • Menyediakan kemudahan peralatan di makmal bagi khidmat teknikal
    1. Eddy Current Dynamometer
    2. Small Scale Dynamometer
    3. Chassis Dynamometer
    4. Sf1020-Probench
    5. Semi Anechoic Chamber
    6. Shock Absorber Test Rig
    7. Vibration Equipment
    8. Hot Press Forming Laboratory Scale

Address: 

Automotive Engineering Centre (AEC)
Universiti Malaysia Pahang
Kampus Pekan
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

Contact: 

Tel : 09-424 6344
Fax : 09-424 6345
Email : adam@ump.edu.my
Web: http://aec.ump.edu.my