-A A +A

Centre for Earth Resources Research & Management (CERRM)


Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (Centre for Earth Resources Research & Management) atau nama singkatannya CERRM ditubuhkan pada tahun 2008 setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 4/2008 bertarikh 17 Julai 2008 di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dengan pelantikan Pengarah yang pertama pada 1 April 2009. CERRM diterajui oleh beberapa Pensyarah daripada pelbagai fakulti (Multi Disiplin) sebagai Felo Penyelidik. Ini adalah kerana objektif CERRM adalah untuk menjadi satu ‘one-stop-centre’ dalam menyediakan kepakaran multi disiplin dari segi penyelidikan dan perundingan dalam bidang yang berkaitan kejuruteraan, alam sekitar dan sumber alam.

Services: 

  • Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri;
  • Menawarkan pelbagai disiplin kemahiran dan kepakaran daripada penyelidik;
  • Menawarkan ijazah lanjutan dan melahirkan siswazah yang berkualiti tinggi dengan kemahiran tersedia untuk industri;
  • Memberi perundingan kepada agensi-agensi kerajaan dan industri;
  • Menjalankan penyelidikan multi-disiplin dengan menjalinkan kolaborasi antarabangsa;
  • Membangunkan sumber dan infrastruktur untuk penyelidikan, perkhidmatan dan latihan;
  • Menjana hasil pendapatan melalui perkhidmatan dan kursus latihan;
  • Menggalakkan rangkaian kerjasama tempatan, nasional dan antarabangsa dalam kalangan ahli akademik dan professional; dan
  • Perundingan dan Perkhidmatan berkaitan alam sekitar seperti pengelasan sungai dan kajian pencemaran, kajian lembangan sungai, tasik dan kajian takungan, rawatan air sisa perindustrian, perlindungan hakisan pantai, penambakan tanah, air bawah tanah, sisa pepejal dan tapak pelupusan serta kawalan pencemaran udara.

Address: 

Centre for Earth Resources Research & Management
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang
Kuantan
Pahang Darul Makmur

Contact: 

Tel : 09-549 2999
Fax : 09-549 3347
Email : cerrm@ump.edu.my
Web: http://cerrm.ump.edu.my