-A A +A

Centre of Excellence for Advanced Research in Fluid Flow (CARIFF)


CARIFF ditubuhkan pada penghujung tahun 2011 di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dengan pelantikan pengarah pertama pada 15 Disember 2011. Walaupun pebuhuhan CARIFF masih baharu, namun CARIFF telah mengorak langkah pantas dengan membina pasukan penyelidikan berkaliber bagi menjayakan visi dan misi universiti. CARIFF turut menerima beberapa anugerah hasil daripada aktiviti penyelidikannya. Pada awal penubuhannya, CARIFF hanya mempunya tiga orang felo penyelidik dan kini telah bertambah seramai enam orang bagi merancakkan lagi aktiviti penyelidikannya.

Sepanjang tahun 2012, CARIFF telah menerima lapan geran penyelidikan, selain telah menerbitkan bahan-bahan penerbitan berupa dua buku, 10 jurnal, 17 kertas persidangan termasuk empat di peringkat antarabangsa dan memiliki satu paten. Selain itu, CARIFF turut menerima beberapa anugerah hasil daripada aktiviti penyelidikannya. Anugerah-anugerah tersebut antaranya ialah satu anugerah emas atau setara di peringkat antarabangsa, manakala di peringkat kebangsaan, CARIFF meraih lima anugerah emas atau setara, tiga perak atau setara dan satu gangsa atau setara.
 

Services: 

  • Penyelidikan & Pembangunan Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang yang berkaitan aliran bendalir maju dengan memberi tumpuan pada saluran paip dan pengurangan geseran, multiphase mixing, minyak dan gas, computational fluid dynamics, aliran reaktif dan sebagainya.
  • Latihan Menawarkan khidmat latihan seperti Latihan CFD Asas, latihan lanjutan CFD dan pengekstrakan dan semburan herba pengeringan.

Address: 

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF)
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang Kuantan
Pahang Darul Makmur

Contact: 

Tel : 09-549 3227
Fax : 09-549 3250
Email : cariff.ump@gmail.com
Web: http://cariff.ump.edu.my