-A A +A

German Academic & Career Centre (GACC)


Pusat Akademik & Kerjaya German (GACC) sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Antarabangsa Jerman (IGO) telah secara rasminya telah ditukar nama pada 22 Disember 2010 bagi meningkatkan lagi perkhidmatan dan peranannya. Majlis pembukaan pejabat GACC disempurnakan wakil Duta Besar Republik Federal Jerman, Andreas Lang diiringi Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim. Pusat ini bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti melibatkan program pengajian kejuruteraan Jerman.

Objektif utama penubuhan GACC ialah sebagai perantaraan bagi menyelaraskan aktiviti yang melibatkan program pengajian kejuruteraan Jerman antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Hochscule Karlsruhe Und Wirtschaft, Jerman (HsKA).

Services: 

  1. Jabatan Bahasa
    • Mencari pensyarah GFL yang sesuai
    • Menyelaras peperiksaan DSH
  2. Akademik
    • Menguruskan profesor tamu yang bertanggunjawab bagi kurikulum dan peperiksaan
    • Mewujudkan satu rangkaian secara menyeluruh dengan universiti di Jerman
    • Menguruskan program pertukaran pelajar UMP-HsKA
  3. Pusat Kerjaya
    • Mewujudkan satu rangkaian dengan industri Jerman di Malaysia dan luar negara
    • Mendapatkan biasiswa dari pihak industri
    • Menyelaraskan latihan di Malaysia di Jerman
    • Menganjurkan pameran industri di UMP

Address: 

German Academic & Career Centre
Universiti Malaysia Pahang
Kampus Pekan
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

Contact: 

Tel : 09-424 5991
Fax : 09-549 2759
Web :http://gacc.ump.edu.my