-A A +A

IBM Centre of Excellence (IBMCOE)


Pusat Kecemerlangan IBM (IBM Centre of Excellence) atau nama singkatannya IBM CoE, merupakan salah sebuah pusat kecemerlangan yang terdapat di UMP melalui inisiatif Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP). Majlis Pelancaran penubuhan IBM CoE telah disempurnakan pada 9 Mac 2011 melalui perakuan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMP pada 10 Jun 2011.

IBM CoE telah menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) bersama IBM dan HeiTech Padu Berhad pada 27 Mei 2010 dengan pelantikan pengarah yang pertama pada 1 Mac 2012. Melalui komitmen dan kerjasama pintar antara UMP dengan IBM dan Heitech Padu Berhad, UMP telah diberi pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan IBM, Kampus Akademik yang pertama di Malaysia oleh IBM.

Di awal penubuhannya, IBM CoE beroperasi di pejabat sementara di FSKKP dan bermula dari tahun 2013, IBM CoE dijangka akan berpindah ke pejabat sendiri di Blok Z. Selain staf pentadbiran, IBM CoE juga diterajui oleh beberapa pensyarah daripada FSKKP sebagai Felo Perunding.

Penubuhan IBM CoE ini adalah merupakan salah satu perancangan Pelan Strategik UMP 2011 – 2015 di dalam KRA 2 iaitu kelestarian kewangan di mana Pusat Kecemerlangan berperanan untuk meningkatkan pendapatan universiti melalui khidmat perundingan dan teknikal, Latihan Profesional dan geran penyelidikan.

Services: 

  • Menjalankan kursus-kursus yang menjurus kepada persijilan profesional dari pihak IBM kepada pelajar (contoh : Z/OS System).
  • Menyediakan “Professional Certification Test Center” bagi kursus-kursus profesional yang ditawarkan pihak IBM, Oracle, Microsoft dan sebagainya.
  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan sistem dan perisian juga penyelidikan berkaitan masalah industri komputer yang lain.
  • Menjalankan aktiviti kolaborasi dengan badan-badan kerajaan dan swasta, Institusi Pengajian Tinggi dan pusat-pusat penyelidikan di dalam dan luar negara yang berkaitan dengan teknologi komputer dan perisian.

Address: 

IBM Centre of Excellence (IBMCOE)
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang
Kuantan
Pahang Darul Makmur

Contact: 

Tel : 09-549 2315
Fax : 09-549 2316
Email : ruzaini@ump.edu.my
Web: http://ibmcoe.ump.edu.my