-A A +A

Mandarin Languages & Culture Centre (MLCC)


Pelancaran Pusat Kebudayaan & Bahasa Mandarin (MLCC) telah diadakan pada 18 Januari 2011. Penubuhan pusat ini adalah hasil usaha sama antara Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Hebei, China. Dengan penubuhannya, ia dijangka akan meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pusat ini juga turut berperanan dalam semangat mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan di antara negara Malaysia dan China, sekaligus menjayakan penubuhan Taman Perindustrian di Malaysia yang dikenali sebagai Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China yang terletak dalam Wilayah Ekonomi Koridor Pantai Timur (ECER) Malaysia.

Services: 

  • Menganjurkan kursus bahasa Mandarin untuk para pelajar, orang awam, syarikat-syarikat dan industri.
  • Mengadakan kursus kebudayaan Cina seperti kaligrafi, tradisi teh cina dan sebagainya.
  • Menganjurkan aktiviti untuk para pelajar dalam mendalami dan memahami bahasa Mandarin dan kebudayaan Cina.
  • Membantu dalam perkhidmatan pertukaran pelajar ke universiti di negara China dalam penggunaan bahasa Mandarin dan pilihan universiti yang diperlukan.
  • Pusat Kebudayaan & Bahasa Mandarin (MLCC)

Address: 

Mandarin Languages & Culture Centre
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang
Kuantan
Pahang Darul Makmur

Contact: 

Tel : 09-549 2751
Fax : 09-549 2756
Email : mlcc@ump.edu.my
Web: http://mlcc.ump.edu.my