-A A +A

UMP Holdings Sdn. Bhd.


UMP Holdings Sdn. Bhd. (UMPH) atau sebelum ini dikenali sebagai KUKTEM Holdings Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 8 Mac 2004 dan ia merupakan sebuah syarikat milik sepenuhnya oleh Universiti Malaysia Pahang. UMPH ditubuhkan selaras dengan seruan kerajaan supaya universiti dapat menjana pendapatan sendiri dan kurang kebergantungan daripada dana kerajaan. UMPH secara umum adalah mengkomersialkan semua penemuan saintifik, ciptaan atau mana-mana produk UMP. UMPH turut menjadi jambatan di antara universiti dan mana-mana pihak luar yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang dapat menjana pendapatan.

Pada masa ini UMPH mempunyai dua anak syarikat iaitu UMP Perundingan & Training Sdn. Bhd. dan UMP Green Technology Sdn Bhd dan lima unit perniagaan.

Services: 

  1. Perundingan
    Selain daripada kemudahan pajakan dan perkhidmatan teknikal, UMP juga menawarkan perkhidmatan perundingan. Antara perkara-perkara yang tertakluk kepada kepakaran professional dan perundingan yang terdapat di UMP adalah
    • Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
    • Kejuruteraan Perisian & Sains Komputer
    • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan
    • Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Industri
  2. Teknikal dan servis
    Antara perkhidmatan teknikal yang disediakan ialah
    • Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
    • Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Perisian & Sains Komputer
  3. Perkhidmatan servis kereta
  4. Pengurusan hartanah
    • Menyewa peralatan dan kemudahan
    • Menyewa bangunan
    • Pengurusan bangunan
    • Menyewa hostel
    • Menyewa ruang menari komunikasi
    • Pengurusan acara
  5. Pusat Perniagaan ICT
    Permohonan pembangunan Sistem
    • One Stop Centre – menyediakan pelbagai kemudahan ICT serta khidmat nasihat seperti urusan pembelian komputer, pemasangan peralatan ICT,pemasangan antivirus dan sebagainya
    • System Integration and Testing – Pusat Perniagaan ICT menyediakan perkhidmatan proses sistem integrasi, pengujian terhadap sistem dan sebagainya.
    • Rekabentuk Pangkalan Data Bersepadu – menyediakan perundingan untuk proses reka bentuk yang berasaskan pangkalan data bagi memastikan aplikasi sistem untuk akses adalah selamat dalam organisasi.

Address: 

UMP Holding Sdn. Bhd.
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang
Kuantan
Pahang Darul Makmur

Contact: 

Tel : 09-549 2789
Fax: 09-549 3288
Email: admin@umpholdings.my / ask@umpholdings.my
Web: http://www.umpholdings.my