prof-rosli

Professor Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin

Deputy Vice-Chancellor (Academic and International)

Ph.D (Auburn), M.Sc (Kansas), B.Sc (Clemson), Assoc. Degree (Indiana)

 

Prof. Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin dari Temerloh Pahang ini memiliki kelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) pada tahun 2004 dalam jurusan kejuruteraan awam daripada National Center for Asphalt Technology (NCAT), Auburn University, Alabama, Amerika Syarikat (USA) yang merupakan pusat penyelidikan ternama dalam kejuruteraan lebuh raya.  

Prof. Ts. Dr. Mohd. Rosli mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, University of Kansas, USA (1996), Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Clemson University, South Carolina, USA (1990) dan Diploma in Science, Indiana University, USA (1987).

Berpengalaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan, Prof. Ts. Dr. Mohd. Rosli telah berkhidmat selama 29 tahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau sebelum ini merupakan Naib Pengerusi Sekolah Kejuruteraan Awam UTM yang bertanggungjawab dalam pembangunan akademik dan pelajar serta merupakan Felo Penyelidik Bersekutu di Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK) UTM.

Lain-lain berpengalaman sebagai Ketua Makmal selama 8 tahun, Ketua Kumpulan Penyelidikan Pavemen dan Pengangkutan selama 5 tahun dan Pengerusi Panel Penerbitan Buku UTM selama 4 tahun. Malahan beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan selama 5 tahun dan Timbalan Dekan Akademik selama 2 tahun. Dalam penerbitan, beliau berjaya menerbitkan 400 terbitan termasuk 260 artikel jurnal dengan H-Indeks 26.