-A A +A

Jawatankuasa Bertindak Bencana Peringkat UMP


dato-nc

LATAR BELAKANG JAWATANKUASA

  • Pada tahun 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Kali Ke-48 Bilangan 12/2010 telah mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat UMP rentetan daripada surat oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang meminta supaya setiap IPTA menyalurkan maklumat terkini bagi kawasan yang terlibat dengan bencana banjir bagi tujuan penyelarasan laporan-laporan yang diperlukan kementerian.
     
  • Sejak daripada itu, Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat UMP yang telah dibentuk menjalankan peranan dan gerak kerja bagi membuat persiapan menghadapi bencana banjir apabila tiba musim tengkujuh pada setiap tahun.
     
  • Setelah mengambil kira pengalaman menghadapi bencana banjir pada tahun 2013 yang lalu, Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat UMP UMP Bil. 1/2014 pada 13 Oktober 2014 telah membuat keputusan untuk menstrukturkan semula jawatankuasa sedia ada dengan menamakan semula jawatankuasa ini sebagai JAWATANKUASA BERTINDAK BENCANA PERINGKAT UMP (JKBB).

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi/ Pengarah Operasi
En. Abd Hamid bin Majid
Pendaftar

Penasihat Teknikal
En. Muhammad Hairynizam Bin Muhd Taib
Pengarah, Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMO)

Timbalan Pengerusi
En. Wan Abdul Rashid Bin Wan Abdul Rahman
Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pentadbiran UMP Kampus Gambang, Jabatan Pendaftar

Setiausaha
En. Abd Razak Bin Ja’afar
Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar

Kewangan/ Bendahari
En. Sulaiman Bin Baniyamin @ Steven Andrew
Pegawai Kewangan, Jabatan Bendahari

Ketua Bilik Kawalan & Operasi Bencana (BKOB) UMP Pekan
En. Ramle Bin Abid
Pengarah, Pusat Ko-Kurikulum

Setiausaha (BKOB) UMP Pekan
En. Mohd Jamil Bin Ja’afar
Penolong Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti

Ketua Bilik Kawalan & Operasi Bencana (BKOB) UMP Kampus Gambang
En. Mohd Nazri Bin Samsudin
Ketua Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Setiausaha (BKOB) UMP Kampus Gambang
En. Abd Rahman Bin Ahmad
Penolong Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Jk Keselamatan
Kapten (B) Razman Bin Abdul Manan
Ketua, Bahagian Keselamatan

Jk Logistik
Tn. Hj. Abdul Shukur bin Ishak
Timbalan Pendaftar, Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta

Jk Kebajikan Staf
Pn. Hajjah Sabarehan Binti Hj. Ismail
Pemangku Timbalan Pendaftar, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pendaftar

Jk Kebajikan Pelajar
En. Nasrul Bin Salim Pakheri
Pengetua, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Jk Perubatan
Dr. Khairul Salleh Bin Abdul Basit
Ketua, Pusat Kesihatan Universiti

Jk Pengurusan Akademik
En. Arman Bin A. Rahim
Timbalan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar

Jk Bekalan & Makanan
En. Muhammad Sallehudin Bin Md Derus
Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam & Pembangunan Insan

Jk Perhubungan Luar & Informasi
En. Saiful Bahri Bin Ahmad Bakarim
Timbalan Pendaftar, Pejabat Naib Canselor

Jk Sukarelawan (Staf & Pelajar)
En. Mohd Akram Bin Abdul Razak
Juruaudit Kanan, Bahagian Audit Dalam & Pengurusan Risiko

Jk Rangkaian Komunikasi
En. Mohd Rashid Bin Abu Bakar
Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi

 

CARTA JAWATANKUASA

carta-jk-bencana

 

FUNGSI UMUM JAWATANKUASA

  1. Penghindaran
    • Mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian bencana atau sekurang-kurangnya mengambil langkah untuk mengurangkan kesan bencana sekiranya tidak dapat dielakkan.
       
  2. Persediaan
    • Merancang dan menyediakan Pelan Bencana atau Emergency Respon Plan atau Prosedur Tetap Operasi (SOP) melibatkan semua pihak yang terbabit secara total dalam respons terhadap bencana.
       
  3. Respon
    • Bertindak dengan sewajarnya untuk menangani situasi bencana yang berlaku.
       
  4. Pemulihan
    • Mengambil tindakan susulan atau usaha-usaha yang dilakukan bagi mengembalikan semula semua kerosakan kepada keadaan asal.
       

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

Sebelum

  • Berhubung dengan pihak yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat berkaitan bencana
  • Menghebah dan mengwar-warkan maklumat berkaitan bencana kepada staf dan pelajar dari masa ke semasa.
  • Mengumpul data staf dan pelajar
  • Merancang persiapan bagi urusan kebajikan staf dan pelajar yang berkemungkinan Menjadi Mangsa Bencana

Semasa

  • Mengenalpasti dan menghubungi staf dan pelajar yang menjadi mangsa bencana
  • Menyediakan bantuan asas (pusat pemindahan/ keperluan asas/ perubatan) kepada staf dan pelajar yang menjadi mangsa
  • Memberi sokongan emosi dan kaunseling kepada staf dan pelajar yang menjadi mangsa

Selepas

  • Menyediakan khidmat sukarelawan untuk tujuan pembersihan di rumah kediaman staf dan pelajar yang menjadi mangsa bencana

 

TAKRIF BENCANA

“Suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat”.

Kesan Bencana Secara Langsung

  • Gangguan emosi/ Kecederaan/ kematian/ kerosakan harta benda/ kemusnahan alam sekitar
  • Aktiviti harian individu/ institusi/ masyarakat terjejas
  • Memerlukan tenaga kerja/ kos yang banyak serta jangka masa yang lama untuk pemulihan

 

BILIK KAWALAN & OPERASI BENCANA (BKOB)

Bilik Kawalan & Operasi Bencana (BKOB) merupakan sebuah Pusat yang diaktifkan semasa sesuatu bencana diisytiharkan untuk jawatankuasa berkumpul bagi mengurus, menyelaras, mengawasi dan memantau situasi bencana serta menjalankan fungsinya dalam memastikan hal ehwal kebajikan staf dan pelajar terpelihara.

DIREKTORI BILIK KAWALAN & OPERASI BENCANA (BKOB)

  1. BKOB UMP PEKAN

    • Hubungi : 09- 424 6394 / 1625
    • Lokasi : Pusat Aktivti Pelajar (UMP Pekan)
       
  2. BKOB UMP KAMPUS GAMBANG

    • Hubungi : 09- 549 3333 / 2752 / 2277
    • Lokasi : Bilik Latihan di KPU (UMP Kampus Gambang)

 

DASAR / POLISI / GARIS PANDUAN [MUAT TURUN]

DASAR / POLISI / GARIS PANDUAN TAHUN   BAHAN RUJUKAN TAHUN
Pelan Tindakan Menghadapi Banjir (Ringkasan) 2005   Slaid Taklimat Pengurusan Bencana oleh Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pahang kepada JKBB pada 2013 2013
Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) – Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara 2012   Taklimat Dan Latihan Persediaan Menghadapi Krisis Bencana (Bencana Alam) 2014
Garis Panduan Prodesur Tetap Operasi (SOP) Pengurusan Bencana Jerebu di Universiti Malaysia Pahang 2015   ResQ Kit 2017

 

PAUTAN BERKAITAN

RES-Q KIT UMP (http://www.ump.edu.my/3333)
Portal Bencana MKN (http://portalbencana.mkn.gov.my/)
Pusat Pengurusan Bencana JKR (http://bencanaalam.jkr.gov.my/v2/)
Public Infobanjir JPS (http://publicinfobanjir.water.gov.my/)
Jabatan Alam SekitarIndeks Pencemaran Udara (http://apims.doe.gov.my/v2/)
 

URUS SETIA & SEKRETARIAT JAWATANKUASA

Unit Pengurusan Governan,
Jabatan Pendafar
Universiti Malaysia Pahang

Pegawai Untuk Dihubungi :

En. Abd Razak Bin Ja’afar,
Penolong Pendaftar Kanan
No. Tel : 09-424 5215

Pn. Nadira Hana Binti Ab Hamid
Penolong Pendaftar
No. Tel : 09-424 5218

Pn. Siti Farhana binti Mansor
Pembantu Tadbir
No. Tel : 09-424 5225

Pn. Suriayati Mohd Sidek
Pembantu Tadbir
No. Tel : 09-424 5244