-A A +A

Perpustakaan


Perpustakaan UMP Kampus Pekan

Bangunan Perpustakaan UMP Pekan berkeluasan 16,000 meter persegi dapat menampung seramai 3,000 orang dalam satu-satu masa. Bangunan empat tingkat ini turut dilengkapi auditorium, bilik-bilik seminar, dua buah makmal komputer, bilik tayangan, bilik 24 jam, 40 karel peribadi, ruang bacaan dan beberapa kemudahan lain untuk pengguna. Ia mula beroperasi di bangunan ini pada 1 Februari 2012.