-A A +A

Dasar Privasi


1.             Privasi Anda

 

Dasar privasi ini adalah merupakan dasar privasi UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP), termasuk anak-anak syarikat yang berkaitan dan entiti kawalan bersama. (selepas ini dirujuk sebagai,“kami”) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) yang  telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013. Kami mengiktiraf dan menghormati hak-hak berkenaan dengan data peribadi dan maklumat anda (“Data Peribadi”). Dengan mengambil kira PDPA, dan kami komited dalam melindungi dan menjaga kepentingan Data Peribadi andaDasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami akan mengendalikan maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami mungkin memproses Data Peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, memegang, menyimpan mengguna dan/atau mendedahkannya.

 

a)             Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang secara langsung atau tidak langsung boleh mengenal pasti seseorang termasuk data peribadi sensitif dan penyataan pendapat. Antara lain ia termasuk: -

                                          i.         Nama

                                         ii.         Kad Pengenalan

                                       iii.         Tempat Lahir

                                       iv.         Alamat

                                         v.         Bangsa

                                       vi.         Agama

                                      vii.         Keputusan Peperiksaan

                                    viii.         Sejarah Pendidikan

                                       ix.         Sejarah Pekerjaan

                                         x.         Sejarah Perubatan (Jenis darah, dll)

                                       xi.         Gambar

 

2.             Sumber Bagi Data Peribadi 
 

Dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan, UMP boleh mendapatkan data peribadi daripada pelbagai sumber, antaranya seperti:

 

Diri anda

 

a)             Dari permohonan yang dikemukakan kepada kami. Dengan mengemukakan apa-apa permohonan kepada kami, anda adalah dengan ini dianggap telah memperoleh kebenaran untuk pengisytiharan maklumat di dalam permohonan anda.

 

b)             Imej dan suara anda mungkin akan dirakamkan contohnya melalui CCTV untuk tujuan keselamatan dan/atau perekodan. Notis akan disampaikan.

 

Pihak ketiga

 

a)             Rakan kerjasama UMP dalam pertandingan atau tinjauan atau penyelidikan atau program.

b)             Penyertaan anda dengan entiti lain.

c)             Penjaga, wakil sah atau penjamin anda.

d)             Kemungkinan terdapat rujukan ke atas data peribadi anda bagi permohonan pinjaman atau rujukan kredit

e)             Institusi pendidikan atau majikan terdahulu

 

 

Laman Web

 

a)             Alamat IP anda secara automatik akan mendaftar masuk ke komputer pelayan kami. Secara umumnya kami tidak menghubungkan alamat IP anda untuk mengenal pasti setiap pautan kecuali di dalam kes pelanggaran yang serius.

 

b)             Anda boleh mengubah pelayar anda untuk tidak mengaktifkan "cookies" bagi menghalang penyimpanan maklumat tertentu di dalam sistem anda.

 

3.             Tujuan Data Peribadi: 

 

Dalam memenuhi tanggungjawab kami ke atas anda, data peribadi anda boleh digunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak terhad seperti berikut:-

 

a)             Untuk penilaian mana-mana permohonan ke UMP

b)             Untuk memproses apa-apa faedah dan perkhidmatan

c)             Untuk tujuan komunikasi

d)             Untuk pengiklanan dan berita

 

e)             Untuk tujuan pentadbiran am dan rekod

f)               Untuk meningkatkan mutu pendidikan

g)             Untuk tujuan pendidikan dan tujuan yang berkaitan dengan UMP

h)             Untuk memberi sebarang maklum balas, menjawab aduan dan pertanyaan

i)               Untuk tujuan tadbir urus korporat

j)               Untuk dipertimbangkan sebagai penjamin bagi kakitangan/ pelajar UMP yang memohon pinjaman pelajaran / biasiswa

k)             Kegiatan-kegiatan UMP selainnya yang sah termasuk dan tidak terhad kepada pentadbiran,akademik dan penyelidikan.

4.             Penyampaian Data Peribadi:

 

a)             UMP adalah di bawah obligasi undang-undang untuk menjamin dan melindungi maklumat peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi sebelum dan selepas PDPA dan ia adalah dasar sedia ada dan dasar berterusan kami untuk berbuat demikian.

 

b)             Untuk memberikan perkhidmatan yang efektif secara berterusan, penyampaian maklumat tertentu perlu dilaksanakan. Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan dan/atau disampaikan kepada pihak ketiga dan/atau rakan kerjasama UMP termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen luar yang dilantik bagi tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkenaan dengan tujuan-tujuan di atas dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan di atas dan termasuk menyediakan perkhidmatan bersepadu, mengekalkan dan menyimpan rekod.

 

c)             Dalam menjaga kebajikan dan menyediakan perkhidmatan, adalah sangat penting untuk menghantar atau berkongsi maklumat peribadi kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

 

                                          i.         Syarikat insurans untuk memproses tuntutan insurans

                                         ii.         Institusi kewangan bagi pembayaran ganjaran kewangan seperti biasiswa, pinjaman, elaun dan gaji

                                       iii.         Mana-mana syarikat atau rakan kerjasama UMP untuk sebarang tawaran pinjaman/biasiswa atau penganugerahan, dan untuk sebarang aktiviti berasaskan pembelajaran

                                       iv.         Pihak-pihak ketiga yang diberi kuasa

                                         v.         Penjaga anda atau wakil sah atau penjamin

 

 

                                       vi.         Agensi penarafan kredit untuk rujukan kredit bagi permohonan pinjaman

                                      vii.         Penguatkuasaan agensi kawal selia dan agensi kerajaan atau mana-mana perintah mahkamah untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa.

 

Data anda boleh dikongsi apabila diperlukan oleh undang-undang dan apabila penyampaian adalah perlu bagi mematuhi undang-undang berkaitan.

 

5.             Pengekalan Data Peribadi 

 

Apa-apa maklumat peribadi akan disimpan oleh UMP bagi tujuan-tujuan di atas dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan akan dibinasakan dan/atau dihapuskan mengikut polisi UMP apabila maklumat tersebut tidak lagi diperlukan.

 

6.             Dasar Privasi Kami Yang Tegas

 

a)             UMP adalah komited dan menjadi keutamaan kami dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi anda yang telah diberikan kepada kami dan ia telah menjadi dasar berterusan kami yang tegas untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap , tidak mengelirukan dan dikemas kini. UMP juga akan memastikan bahawa data peribadi anda tidak akan digunakan untuk tujuan politik dan komersial.

 

b)             UMP mengambil pendirian yang tinggi bahawa perlindungan hak peribadi telah diiktiraf lama sebelum kewujudan PDPA. PDPA kini adalah bertujuan menjadi Akta yang jelas untuk melindungi dan satu alat untuk memastikan ketelusan dan memberi kesedaran awam tentang pengurusan data peribadi.

 

c)             Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, data peribadi sensitif hanya boleh disampaikan apabila mendapat persetujuan dari anda.

 

7.             Akses Kepada Data Peribadi

 

Anda boleh mengakses dan mengemas kini data peribadi anda dengan menulis kepada kami di:

 

Alamat pos                :           Unit Perhubungan Awam,

                                                Pejabat Naib Canselor,

                                                Canseleri Tun Abdul Razak,

                                                Universiti Malaysia Pahang,

                                                26600 Pekan, Pahang

Alamat email            :           pro@ump.edu.my

No. Telefon               :           09-424 5000

 

8.             Persetujuan Adalah Penting

Dengan menghantar atau memberikan data peribadi anda kepada UMP, anda telah mengizinkan dan bersetuju untuk data peribadi anda untuk digunakan selaras dengan terma dan syarat-syarat dalam Dasar ini dan polisi kami yang berkaitan.

 

 

 

 

9.             Penarikan Balik Persetujuan

 

a)             Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami. Sekiranya perlu, kami mungkin memerlukan maklumat atau pengesahan lanjut.

 

b)             Jika anda tidak bersetuju atau kemudiannya menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan dan penyampaian data peribadi anda, UMP tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab UMP atau menghubungi anda atau membantu anda berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas dan/atau tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas.

 

10.          Pemakaian Dasar Ini

 

Jika anda seorang pelanggan perkhidmatan UMP yang lalu, harap maklum bahawa UMP akan terus memproses Data Peribadi anda sebagaimana dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini melainkan jika kami menerima bantahan anda. Anda boleh melaksanakan hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda sepertimana dinyatakan di atas. Privasi Dasar ini mungkin dipinda pada bila-bila masa dan berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh UMP. Sebarang pemindaan akan dinyatakan di dalam laman web UMP atau apa-apa bentuk lain yang UMP fikirkan sesuai. Langganan dan/atau penggunaan berterusan anda kepada perkhidmatan dan/atau laman web UMP merupakan persetujuan anda terhadap pindaan tersebut.

 

 

 

 

11.          Laman Web

 

Pautan luaran

 

Laman web kami mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

a)             Jika mana-mana bahagian Laman pautan anda dengan lain-lain laman web, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah dasar ini dan kami tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab atau tanggungan yang timbul dari laman-laman itu.

 

b)             Begitu juga, jika anda melanggan sesuatu permohonan, kandungan atau produk daripada rakan-rakan strategik kami dan anda seterusnya menyediakan Data Peribadi anda terus kepada pihak ketiga tersebut, yang Data Peribadi itu tertakluk kepada polisi/dasar perlindungan privasi/data peribadi pihak ketiga (jika mereka mempunyai polisi/dasar tersebut) dan bukan polisi/dasar ini.

 

c)             Kami cadangkan anda membaca dan memahami dasar penyataan/polisi perlindungan privasi/data peribadi yang dipos di laman-laman web yang lain dengan tujuan untuk memahami tata cara mereka untuk mengumpul, memproses, mengguna dan mendedahkan data peribadi dan sebelum mengemukakan Data Peribadi anda ke Laman-laman itu.

 

*    Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.