-A A +A

liveUMP's 12th Convocation Ceremony
18th Nov 2017 - 20th Nov 2017, Sports Complex, UMP Gambang Campus, click here


Program Pemindahan Pengetahuan (KTP)


Program Pemindahan Pengetahuan (KTP) merupakan Critical Agenda Project (CAP) yang ke-23 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Penubuhan KTP adalah berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti - Industri/Komunti yang digubal untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri/komuniti.

 

LATARBELAKANG PROGRAM PEMINDAHAN PENGETAHUAN (KTP)

  1. KTP mengiktiraf pelbagai aktiviti bagi menyokong kerjasama yang saling menguntungkan antara universiti dengan industri/masyarakat (agensi kerajaan/agensi bukan kerajaan (NGO )/sektor awam).
     
  2. KTP menyediakan pelantar bagi pertukaran harta intelek ketara dan tidak ketara, kepakaran, pembelajaran dan kemahiran antara akademia, industri/masyarakat.
     
  3. KTP merangkumi bentuk-bentuk interaksi termasuk kajian bersama, perundingan, pendidikan, latihan, pembangunan siswazah, persidangan, perkongsian kemudahan fizikal dan penempatan pelajar.
     
  4. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) harus terlibat dengan industri/masyarakat terhadap inisiatif yang saling bermanfaat:
     
  • Akademia : mampu menggabungkan ilmu yang sedia ada dan terkini daripada industri/komuniti dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan.
  • Industri : dapat memanfaatkan sumber daya IPTA bzgi meningkatkan kemampuan perniagaan dan manfaat ekonomi.
  • Komuniti : dapat memanfaatkan ilmu yang telah dijana di IPTA untuk meningkatkan kualiti hidup sesuatu komuniti.
  • Siswazah Pelatih : meningkatkan pembangunan peribadi dan profesional dalam kalangan pelajar
     

 

OBJEKTIF PROGRAM PEMINDAHAN PENGETAHUAN (KTP)

Untuk mengiktiraf dan menggalakkan pemindahan pengetahuan melalui pertukaran idea-idea kreatif dan inovatif, penemuan penyelidikan, pengalaman dan kemahiran antara IPTA , organisasi penyelidikan , industri, agensi-agensi kerajaan dan masyarakat luas.

 

MATLAMAT PROGRAM PEMINDAHAN PENGETAHUAN (KTP)

To enable the development and improvement of the quality of products, services and policies to be shared for mutual benefits between the stakeholders i.e. academia, industry, community and the graduated/postgraduate intern.

 

RASIONAL DASAR PROGRAM PEMINDAHAN PENGETAHUAN (KTP)

  1. Untuk menggalakkan dan mengiktiraf libatsama antara industri / komuniti dan ahli akademik dalam menyokong pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) negara dalam mencipta sebuah berpengetahuan mantap dan berpendapatan tinggi.
     
  2. Untuk menyediakan satu platform yang sesuai dan menjadi perantara untuk penukaran yang memudahkan pengenalan dan pemadanan kepakaran yang tepat di IPTA amat diperlukan bagi memenuhi keperluan komuniti dan industri.
     
  3. Untuk mengoptimumkan potensi kepakaran IPTA melalui interaksi yang diselaraskan oleh pemegang taruh.
     
  4. Untuk memelihara interaksi antara pemegang taruh bagi mewujudkan kerjasama yang berterusan dan produktif.