-A A +A

Tabung Amanah Endowment


Sejak berabad dahulu, penggunaan wakaf/endowmen sebagai sumber alternatif pembiayaan dalam institusi pengajian tinggi telah digunakan dengan meluas di universiti-universiti terkemuka di dalam dan luar Negara. Dana wakaf/endowmen merupakan sumber utama pembiayaan operasi dan pelajarnya hanya perlu membiayai yuran yang paling minima.

Dengan wujudnya Tabung Amanah Endowmen, ianya membuka ruang dan peluang kepada warga UMP dan pelbagai pihak untuk menyumbangkan dana ke arah pembangunan pendidikan.

KAEDAH SUMBANGAN

  1. Sumbangan secara sukarela oleh staf melalui Skim Potongan Gaji Sukarela Staf UMP.
     
  2. Sumbangan daripada pihak luar yang terdiri daripada syarikat-syarikat atau individu perseorangan melalui bank.
    • Sumbangan secara tunai
      Bank : Malayan Banking Berhad
      Nombor akaun. : 556235301457
    • Sumbangan melalui cek/deraf bank
      Bayaran kepada BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
       
  3. Please retain your transaction proof for official UMP receipt. Sila simpan bukti transaksi bagi pengeluaran resit rasmi UMP.
     

Setiap penderma/penyumbang berhak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

PENGGUNAAN DANA ENDOWMEN

Penggunaan wang tabung ini adalah untuk:

  1. Menaja/memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang termasuk yuran pengajian, yuran penginapan dan sarahidup.
     
  2. Membiayai yuran pengajian ATAU yuran penginapan ATAU kos sarahidup bagi pelajar-pelajar yang tidak mendapat tajaan daripada mana-mana penaja.

Nilai sumbangan minimum ialah RM10.00.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 09 549 2619