-A A +A

Info UMP


Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Pahang
 

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktivti pengkomersialan produk penyelidikan.

 

Kampus UMP di Pekan

Kampus UMP di Pekan mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada 27 Julai 2009. Pada masa ini, ia menempatkan dua buah fakulti dan satu pusat  iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan. Kampus seluas 642 ekar ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pelajar dan 2,000 orang staf.

 

Kampus UMP di Gambang

UMP beroperasi di kampus yang terletak di Gambang, Kuantan. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 126 ekar persegi yang boleh menempatkan 5,000 orang pelajar. Kampus UMP ini terletak di lokasi strategik berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Negeri Pahang Darul Makmur.

Pada masa ini, ia menempatkan enam buah fakulti dan satu institut iaitu Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam, Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains & Teknologi Industri, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Pengurusan Industri dan Institut Pengajian Siswazah.