-A A +A

Kaunseling


PENGENALAN

Bahagian Kaunseling & Kerjaya (BKK) JHEPA telah diwujudkan secara rasmi pada tahun 2010.

Sehingga kini seramai tiga orang Pegawai Psikologi telah ditempatkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni iaitu Puan Paridah binti Mohd Ali, Encik Yunan bin Abdul Samad di Kampus Gambang manakala Cik Fara Hazlini binti Mohd Som pula ditempatkan di Kampus Pekan.

Bahagian ini adalah salah satu sistem sokongan dalam membantu para pelajar mengenal potensi diri dan mengenal masalah di samping menangani masalah yang dihadapi untuk cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

BKK juga membantu membina perkembangan dan pertumbuhan pelajar-pelajar UMP yang mempunyai kebolehan serta potensi yang berbeza-beza.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB

  • Membantu menyelesaikan masalah akademik, peribadi, psikososial dan kerjaya secara individu dan kelompok.
  • Memberi latihan pembangunan diri dalam aspek motivasi, kendiri, kaunseling, kepimpinan, kerja berpasukan dan berkomunikasi dengan berkesan.
  • Melatih dan memupuk siswa-siswi dalam aspek penyelesaian masalah harian sama ada keluarga atau pembelajaran.
  • Meningkatkan tahap kesedaran kendiri agar dapat mewujudkan individu yang mempunyai semangat kepimpinan.
  • Menyediakan pendedahan sebelum memasuki alam kerjaya seperti menyediakan resume dan menghadiri temu duga.
  • Membekalkan maklumat kerjaya.

FUNGSI UTAMA KAUNSELING

  • Sesi Kaunseling
  • Aktiviti Kaunseling
  • Latihan
  • Bimbingan
  • Perundingan
  • Outreaching
  • Pengujian dan Pengukuran
  • Khidmat Masyarakat
  • Penilaian dan Penyelidikan

FUNGSI UTAMA KERJAYA

  • Pendidikan
  • Nasihat dan Bimbingan
  • Hubungan Industri
  • Pengurusan Maklumat
  • Penilaian

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Kerjaya
  • e-Kaunseling
  • Pengendalian Alat Ujian Psikologi
  • Bimbingan dan Perundingan Psikologi
  • Latihan Asas Kaunseling